Cari @ Amanz

Skype sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan sokongan terjemahan masa-nyata untuk aplikasi komunikasi terkemuka mereka tersebut, dan hari ini, ujian terhad untuknya telah bermula dengan sokongan untuk bahasa Sepanyol dan Inggeris. Fungsi ini diuji terlebih dahulu untuk pengguna platform Windows 8.1

Melalui fungsi yang dinamakan sebagai Skype Translator Preview ini, pengguna boleh bersembang dengan rakan-rakan mereka di luar negara menggunakan bahasa ibunda masing-masing, dan sistem Skype akan terjemahkan kepada bahasa pilihan pengguna.

Bagi kami, ia merupakan salah satu fungsi yang amat menarik, sekaligus membolehkan pengguna seluruh dunia berinteraksi dan berkomunikasi dengan lebih mudah – dan tidak lagi perlu bergantung kepada satu bahasa sahaja. Pihak Skype dijangka akan terus memperluaskan sokongan bahasa pada sistem mereka pada masa akan datang.

Pengguna yang berminat boleh mendaftarkan minat dan menerima jemputan daripada Skype untuk mencuba Skype Translator ini.

Mungkinkah pada tahun hadapan, kita akan dapat melihat fungsi yang lebih kurang sama pada Google Hangouts?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd