Cari @ Amanz

TeamViewer merupakan salah satu perisian yang menawarkan sokongan untuk mengawal PC secara remote menggunakan komputer atau peranti mudah-alih lain, disamping turut menawarkan sokongan kolaborasi dikalangan pengguna. Terkini, pembangunnya telah pun melancarkan versi stabil untuk TeamViewer 10 setelah menguji ia dalam bentuk beta beberapa minggu lepas.

TeamViewer 10 hadir untuk pelbagai jenis platform – termasuk BlackBerry, dimana versi terbaru ini membawakan pengoptimasian dari segi pemprosesan, dikatakan menawarkan masa pemuatan yang lebih pantas, disamping menawarkan sokongan suara HD ketika digunakan untuk tujuan kolaborasi dan mesyuarat.

Untuk pentadbir IT pula, anda kini boleh membuat tetapan yang selari dengan sesuatu syarikat dengan lebih mudah, sekaligus mengawal komputer di syarikat dengan efektif.

Bagi tujuan kolaborasi, selain menawarkan sokongan panggilan suara HD, ia kini turut menyertakan kebolehan untuk membuat panggilan video dengan hanya satu klik sahaja, dan turut melihat mesej-mesej yang telah dihantar dengan mudah.

Selain itu, seperti pernah dikatakan sebelum ini, TeamViewer 10 turut menyertakan sokongan untuk OneDrive, Google Drive, Dropbox dan juga Box – sekaligus membawakan sokongan storan awan ke perisian ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun TeamViewer 10 ini untuk Windows, Mac, Linux, iOS, Android, Windows Phone dan juga BlackBerry hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd