Cari @ Amanz

Nampaknya, tiada guna dalam bertanding pada arena telefon pintar paling nipis. Selang kurang dua bulan selepas Oppo mengumumkan Oppo R5 sebagai telefon pintar ternipis di dunia, kini satu lagi pengeluar telefon pintar dari China, iaitu Vivo mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Vivo X5 Max dengan ketebalan kerangka hanya 3.98mm, dan ketebalan penuh peranti pada 4.75mm.

vivo-x5max

Vivo X5 Max membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 1080p Super AMOLED, menggunakan cip Snapdragon 615 1.7Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Untuk kamera, ia menggunakan sensor 13-megapixel daripada Sony, dan pada bahagian hadapan ia menyertakan kamera 5-megapixel untuk rakaman selfie. Berbeza dengan Oppo R5, peranti ini masih mengekalkan audio-jack, dan hadir dengan sokongan dwi-SIM melalui penggunaan slot mikro-SD (lebih kurang seperti pada Oppo N3 dan Huawei Ascend Mate 7, dimana slot mikro-SD boleh digunakan untuk kad-SIM nano, sementara kad SIM utama menggunakan saiz mikro-SIM.

Vivo X5 Max

Vivo X5 Max

Untuk perisian, ia menggunakan Funtouch OS 2.0 yang berasaskan kepada Android 4.4, dan turut dilengkapi dengan sokongan HiFi 2.0 untuk penawaran audio yang lebih baik.

Memandangkan pihak Vivo sedia menawarkan beberapa peranti mereka di Malaysia, kita mungkin akan dapat melihat ia memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Vivo X5 Max

Vivo X5 Max

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd