Cari @ Amanz

Sony sehingga hari ini masih memfokuskan sepenuhnya kepada platform Android, dan mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Sony mungkin akan turut melancarkan peranti Windows Phone mereka pada tahun hadapan.

Sony dikatakan berminat untuk memperkenalkan peranti Windows Phone, walaupun Nokia diambil-alih oleh Microsoft.

Perkara ini mungkin akan memberikan kelebihan untuk Sony untuk hadir sebagai pengeluar Windows Phone kedua terbesar (sekiranya berjaya), berbanding dengan bersaing dalam arena Android bersama pelbagai pengeluar yang lain.

Desas-desus mengenai Sony dan Windows Phone bukanlah sesuatu yang baru, dimana sebelum ini ia pernah dikatakan Sony pernah menguji peranti prototaip Windows Phone 7 beberapa tahun yang lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd