Statigram Membolehkan Anda Mengubah Gambar Instagram Popular 2013 Kepada Video

Statigram Membolehkan Anda Mengubah Gambar Instagram Popular 2013 Kepada Video

Diterbitkan pada Jan 1, 2014 oleh .

Instagram boleh dikatakan kini telah menjadi salah satu perkhidmatan perkongsian gambar popular dikalangan pengguna iOS, Android dan juga Windows Phone. Perkara ini mungkin membuatkan penggunanya untuk mengetahui apakah gambar yang dikongsikan mereka yang paling popular pada 2013.

Statigram

Untuk memudahkan perkara tersebut, Statigram kini menawarkan sokongan khas, memaparkan gambar-gambar popular seseorang pengguna di Instagram dalam bentuk video ringkas.

Melalui perkhidmatan ringkas yang dibawakan Statigram ini, ia memilih lima gambar popular di akaun Instagram pengguna berdasarkan kepada Likes, dan kemudiannya memaparkan ia dalam bentuk video slideshow.

Anda boleh mendapatkan video untuk akaun Instagram anda, dengan menghubungkan akaun Instagram ke Statigram. Selepas beberapa ketika, sebuah video akan diemelkan kepada anda, yang mana boleh dimuat-turun untuk simpanan peribadi ataupun memuat-naiknya kembali secara manual ke akaun Instagram anda.

Layari : Statigram


TIPS & ULASAN