Sony Memperkenalkan Kerangka Xperia Z Ultra Untuk Menyokong Lensa QX10/QX100

Sony Memperkenalkan Kerangka Xperia Z Ultra Untuk Menyokong Lensa QX10/QX100

Diterbitkan pada Jan 1, 2014 oleh .

Sony sedia menawarkan sebuah lensa kamera dibawah keluarga Cybershot-QX. Namun, ia tidak selari dengan peranti bersaiz melangkaui 5-inci. Jadi, untuk menjadikannya mesra untuk digunakan bersama phablet Sony, kini sebuah aksesori khas diperkenalkan Sony.

Sony Xperia Z Ultra Case

Aksesori yang diperkenalkan untuk pengguna Xperia Z Ultra ini merupakan sebuah kerangka bahagian belakang, membolehkan pengguna menghubungkan lensa-kamera QX10 dan juga QX100 dengan mudah, seterusnya menggunakannya untuk rakaman gambar.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, aksesori ini hanya diperkenalkan untuk pasaran Hong Kong sahaja, dan tidak mustahil untuk ia turut hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN