Google Akan Menamatkan Bump Pada 31 Januari

Google Akan Menamatkan Bump Pada 31 Januari

Diterbitkan pada Jan 1, 2014 oleh .

Pada bulan September yang lepas, Google telah mengambil-alih perkhidmatan Bump, dan kini pada tahun baru, pihak Bump mengumumkan perkhidmatan tersebut akan ditamatkan pada 31 Januari 2014 kelak.

Pada tarikh berkenaan, aplikasi Bump dan Flock akan dibuang daripada AppStore serta Google Play, selain mana data pengguna dan sebagainya akan dipadam dari perkhidmatan tersebut.

Pilihan ini diambil oleh pasukan Bump kerana mereka kini memfokuskan kepada projek baru di Google, dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk pembangunannya.

Bagi yang tidak pernah menggunakan Bump, ia memudahkan pemindahan data dari satu peranti ke peranti lain, termasuk komputer – dimana semua data dipindahkan secara wireless dari satu lokasi ke lokasi lain.


TIPS & ULASAN