Radionomy Dilaporkan Membeli Winamp Dan Shoutcast Daripada AOL

Radionomy Dilaporkan Membeli Winamp Dan Shoutcast Daripada AOL

Diterbitkan pada Jan 2, 2014 oleh .

WinampAOL sedia mengumumkan akan menamatkan Winamp. Tetapi, selang lebih 10 hari daripada tarikh yang dikatakan, laman Winamp masih beroperasi seperti biasa, memberikan salah satu petanda yang mana perisian tersebut mungkin dalam perbincangan untuk pengambil-alihan.

Kini, mengikut laporan awal, Winamp dilaporkan diambil-alih oleh syarikat Radionomy, termasuk bersama-sama dengan perkhidmatan Shoutcast.

Radinonomy merupakan salah satu perkhidmatan yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan radio, disamping membolehkan pengguna membuat stesen radio mereka tersendiri untuk berkongsi muzik dan sebagainya.

Dengan pengambil-alihan ini, ia dijangka mungkin diintegrasikan bersama-sama Winamp, sekaligus menguntungkan mereka, disamping pada masa yang sama membolehkan pengguna untuk menikmati pelbagai stesen radio melalui perisian Winamp.

Buat masa ini, AOL mahupun Radionomy masih belum mengumumkannya secara rasmi. Namun, perubahan pada pelayan domain telah dilakukan, dan mungkin akan diumumkan pada penghujung minggu ini.


TIPS & ULASAN