Grippity – Tablet Dengan Skrin Lutsinar Pertama Dunia

Grippity – Tablet Dengan Skrin Lutsinar Pertama Dunia

Diterbitkan pada Jan 2, 2014 oleh .

Terdapat pelbagai gimik untuk menjual tablet di pasaran sekarang. Sony menjual Tablet Z, tablet yang kalis air dan debu. Samsung menjual Note 10.1 yang dilengkapi stylus bagi memudahkan anda melakar terus keatas skrin. Apple pula menual tablet dengan lambang epal  unik tercantik pada bahagian belakang. Kini ada sebuah lagi tablet baru dengan gimik terkini ialah skrin sesentuh lutsinar. Grippity ialah tablet dengan skrin 7 inci yang diperkasakan pemproses empat teras, muatan dalaman 8 Gigabyte dan RAM sebanyak 1 Gigabyte. Skrin sesentuh lutsinar Grippity boleh berfungsi dari kedua-dua belah skrin. Pengguna boleh menaip dengan lebih pantas menggunakan kesemua 10 jari yang ada pada tangan mereka. Adakah rekaan unik Grippity menarik bagi anda semua?  JIka anda berminat projek Grappity sedang cuba mengumpulkan dana di laman Kickstarter mereka.

70dc0614e4e2dc3194475e1b40cf15b2_largekuilu

Laporan asal Grippity


TIPS & ULASAN