Samsung Galaxy F Akan Menggunakan Kerangka Dengan Lapisan Logam?

Samsung Galaxy F Akan Menggunakan Kerangka Dengan Lapisan Logam?

Diterbitkan pada Jan 2, 2014 oleh .

Samsung sejak setahun dua ini sering menjadi bahan jenaka ramai apabila sentiasa hadir dengan rekaan peranti berasaskan plastik. Walaupun ia selesa ditangan, tetapi mungkin tidak digemari sesetengah pengguna peranti Samsung.

Untuk mengatasinya, Samsung dilihat sedang bereksperimen dengan beberapa perkara. Selain daripada kerangka belakang berasaskan rekaan “kulit”, kini ia turut dikatakan Samsung mungkin hadir dengan Galaxy F yang menggunakan kerangka dengan rekaan lapisan logam (metal).

Galaxy F telah diperkatakan sejak beberapa bulan lepas, dimana pelbagai info berkenaan dengannya masih menjadi tanda tanya. Ada yang mengatakan ia akan menjadi salah satu peranti utama daripada Samsung, dan nama Galaxy menandakan ia akan menggunakan Android.

Mungkin dalam masa terdekat ini kita akan mendengar lebih banyak ura-ura berkaitan Galaxy F, selain mana info mengenai Galaxy S5 juga mungkin akan hadir tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN