Gambar TV Berasaskan webOS Daripada LG Tertiris Ke Arena Web

Gambar TV Berasaskan webOS Daripada LG Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Jan 2, 2014 oleh .

LG sedia dikatakan akan memperkenalkan televisyen pintar mereka yang terbaru berasaskan webOS kepada umum dalam masa beberapa hari lagi. Kini, sebuah gambar tertiris ke web, memperlihatkan bagaimanakah ia mungkin kelihatan kelak.

LG TV webOS

LG pada tahun lepas telah mendapatkan webOS daripada pihak HP untuk digunakan dan dibangunkan pada peranti dan peralatan yang dikeluarkan mereka.

Televisyen pintar ini bakal menjadi peranti pertama yang menggunakan webOS daripada LG, dan dijangka akan diperlihatkan pada CES 2014 ini.

Selain daripada televisyen, pihak LG juga dikatakan akan memperlihatkan beberapa peranti dan perkakasan lain pada CES 2014 yang akan diadakan pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN