Asus Bakal Hadir Dengan VivoTab Note 8 Berasaskan Windows

Asus Bakal Hadir Dengan VivoTab Note 8 Berasaskan Windows

Diterbitkan pada Jan 2, 2014 oleh .

Tablet Windows 8-inci kini telah menjadi fokus ramai pengeluar, dan nampaknya Asus tidak ketinggalan dan akan hadir dengan sebuah tablet baru bersaiz 8-inci.

Asus VivoTab Note 8

Dikenali dengan nama VivoTab Note 8, tablet daripada Asus ini bakal dilengkapi cip pemprosesan Intel Atom serta memori sebanyak 2GB RAM. Ia dikatakan akan menyertakan ruangan simpanan sehingga 64GB dan juga skrin sentuh dengan resolusi 1280×800 pixel.

Memandangkan ia membawakan nama “Note”, tablet bersaiz 8-inci juga bakal menyertakan sokongan stylus bersama-sama dengannya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada Asus berkenaan tablet 8-inci Windows mereka ini.


TIPS & ULASAN