Rainy Project Diperkenalkan Untuk Windows 8 – “Waze” Untuk Cuaca

Rainy Project Diperkenalkan Untuk Windows 8 – “Waze” Untuk Cuaca

Diterbitkan pada Jan 2, 2014 oleh .

Aplikasi perkongsian data dari orang ramai seperti Waze boleh dikatakan mempunyai kelebihannya tersendiri. Terkini, salah seorang pembangun tempatan hadir dengan aplikasi Rainy Project, yang membawakan fungsi lebih kurang sama tetapi untuk cuaca.

Rainy Project

Buat masa ini, ia ditawarkan dalam aplikasi untuk Windows 8, membolehkan pengguna untuk berkongsi cuaca setempat mereka bersama-sama yang lain menggunakannya.

Rainy Project menggunakan sokongan pemetaan daripada Bing, selain memerlukan pengguna untuk mengaktifkan sokongan geolokasi untuk menggunakannya.

Untuk tujuan penghantaran dan perkongsian data, pengguna terlebih dahulu perlu mendaftar masuk menggunakan akaun Facebook, dan kemudiannya boleh menghantar keadaan cuaca semasa kepada perkhidmatan tersebut.

Bagi pengguna Windows 8 yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari Windows Store hari ini.

Muat-Turun Rainy Project untuk Windows 8


TIPS & ULASAN