Lenovo Vibe Z Dengan Sokongan Rangkaian LTE Diumumkan – Di Malaysia Pada Februari

Lenovo Vibe Z Dengan Sokongan Rangkaian LTE Diumumkan – Di Malaysia Pada Februari

Diterbitkan pada Jan 2, 2014 oleh .

Lenovo Vibe ZLenovo sejak beberapa bulan lepas telah hadir dengan beberapa pilihan telefon pintar menarik. Memulakan tahun 2014 ini, mereka hari ini telah mengumumkan peranti baru mereka, dinamakan sebagai Lenovo Vibe Z.

Lenovo Vibe Z membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, serta menjadi telefon pintar pertama daripada Lenovo yang dilengkapi sokongan rangkaian LTE.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini turut hadir dengan cip Snapdragon 800 2.2GHz, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.3 Jelly Bean.

Peranti ini turut hadir dengan beberapa aplikasi tambahan daripada Lenovo, seperti Super Camera, Super Gallery dan beberapa yang lain.

Lenovo Vibe Z ini dijangka akan hadir ke pasaran Malaysia pada bulan Februari kelak.


TIPS & ULASAN