Cari @ Amanz

Galaxy Camera telah diperkenalkan pada tahun 2012 yang lepas, dan kini pihak Samsung memulakan tahun 2014 dengan memperkenalkan kemaskini untuknya melalui Galaxy Camera 2.

Galaxy Camera 2 merupakan kamera digital berasaskan Android, membolehkan pengguna merakamkan gambar digital dan berkongsi dengan lain menggunakannya.

Samsung Galaxy Camera 2

Samsung Galaxy Camera 2

Galaxy Camera 2 dilengkapi dengan Android 4.3 Jelly Bean, menggunakan cip pemprosesan 1.6GHz empat-teras, sensor gambar 16.3-megapixel 1/2.3″ BSI CMOS, sokongan zoom sehingga 21x, dan bateri 2000mAh. Galaxy Camera 2 juga turut hadir dengan sokongan rakaman 120fps dalam bentuk gerak-perlahan dan dilengkapi skrin sentuh bersaiz 4.8-inci.

Selain beberapa kemaskini spesifikasi, Galaxy Camera 2 juga turut menyertakan sokongan NFC, Group Share dan beberapa yang lain.

Harga untuknya masih tidak diumumkan buat masa ini. Mungkin kita akan dapat melihatnya di pasaran tempatan dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd