Carian
Bil Elektronik P1 WiMAX Menghadapi Masalah – Memperlihatkan Jumlah Tidak Munasabah
January 3, 2014 Aman

Selang sehari daripada perkongsian masalah P1, kini ia dilihat sistem bil P1 WiMAX menghadapi masalah, dan daripada bil elektronik yang dihantar ke emel pelanggan, ia memperlihatkan jumlah yang tidak munasabah.

Daripada semakan kami sendiri secara peribadi, ia memperlihatkan baki jumlah mencecah hampir RM40,000. Perkara ini mungkin agak mengejutkan ramai pengguna, apatah lagi pada bil yang sama ia tidak memaparkan sebarang baki tertunggak dari bulan lepas. Ia tidak diketahui berapa ramaikah yang menghadapi masalah ini, memandangkan sebahagian pengguna mempunyai jumlah baki bil yang tepat.

Apa pun, apabila di semak melalui laman P1 Self-Care, baki yang ditunjukkan adalah betul dan berbeza dengan bil elektronik yang dihantar.

Kami telah menghubungi pihak P1 untuk mendapatkan maklumbalas berkenaan dengannya.

  • Kemaskini : Pihak P1 telah membalas pertanyaan kami, dan mengatakan terdapat sedikit masalah teknikal pada sistem mereka. Bil baru akan dihantar kepada pengguna dalam masa sehari dua lagi.
Komen