Cari @ Amanz

Selepas hampir setahun penyanyi Alicia Keys dipilih menjadi pengarah kreatif BlackBerry, kini kerjasama tersebut ditamatkan, dan jawatan tersebut telah pun dikosongkan.

Pihak BlackBerry sebelum ini telah mengumumkan penyertaan Alicia Keys ketika melancarkan BlackBerry 10. Namun, boleh dikatakan ia kurang memberikan impak kepada penjualan peranti syarikat berkenaan.
Pelbagai persoalan juga turut timbul mengenai tugas Alicia Keys, apatah lagi dengan beliau yang didapati menggunakan iPhone selang sebulan selepas penyertaan di BlackBerry.

BlackBerry sendiri boleh dikatakan sedang menjimatkan pelbagai kos, apatah lagi dengan perubahan pada pengurusan syarikat berkenaan. Sejak beberapa bulan lepas, beberapa perubahan pada bahagian eksekutif telah dilakukan, termasuk Thorsten Heins, yang telah meninggalkan jawatan CEO.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd