Cari @ Amanz

Walaupun Samsung sedia mengumumkan Galaxy Camera 2, namun, bukan itu sahaja kejutan pihak Samsung pada CES 2014. Daripada perkongsian pihak Samsung melalui blog rasmi mereka, mungkin kita akan dapat melihat beberapa peranti menarik pada minggu hadapan.

Samsung pada tahun lepas dilihat lebih memfokuskan pada telvisyen ketika acara CES 2013. Untuk tahun ini, melalui apa yang dikongsikan melalui blog, Samsung dilihat mungkin akan memperkenalkan peranti-boleh-pakai pada acara berkenaan.

Selain peranti-boleh-pakai, pihak Samsung juga turut dilihat akan memfokuskan kepada rumah pintar, membolehkan pengguna mengawal beberapa perkakasan elektrik di rumah menggunakan aplikasi pada telefon pintar.

Buat masa ini, kita hanya boleh membuat beberapa spekulasi sahaja. Memandangkan pihak Samsung baru sahaja memperkenalkan Galaxy Gear, maka kemungkinan untuk versi baru hadir agak tipis. Mungkinkah pihak Samsung akan memperkenalkan peranti-boleh-pakai yang lain?

Apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd