Ideum Memperkenalkan Meja Melukis Pelan Beresolusi 4K

Ideum Memperkenalkan Meja Melukis Pelan Beresolusi 4K

Diterbitkan pada Jan 3, 2014 oleh .

Lukisan pelan bangunan dan produk biasanya dilakukan secara manual menggunakan pena dan kertas. Tetapi sejak kebelakangan ini permintaan untuk melakukan kesemua kerja ini secara digital semakin meningkat. Sekiranya pelukis digital mempunyai tablet Wacom, pelukis pelan mempunyai Ideum. Ideum ialah meja melukis pelan digital yang membolehkan pelukis pelan melakar pelan secara terus pada skrin. Ideum hari ini memperlihatkan model terbaru mereka yang menyokong resolusi 4K. Terdapat 4 model dengan skrin sebesar 55, 65 dan 100 inci. Untuk model 100″ skrin meja melukis ini menyokong resolusi skrin lebar 7540 x 2160 pixel. Ideum juga merupakan sebuah komputer terbina dan setiap model diatas diperkasakan pemproses i7 4770s 3.1 GHz empat teras, 8 Gigabyte RAM, muatan dalaman 500 Gigabyte dan meggunakan sistem operasi Windows 8. Skrin sesentuh Ideum pula menyokong sehingga 40 titik sentuhan sekaligus. Harga jualan meja melukis ini akan diberitahu pada CES 2014 yang akan berlangsung  7 Januari ini.

ideum-4k-6 ideum-4k-2 ideum-4k-1


TIPS & ULASAN