Cari @ Amanz

Alcatel telah memperkenalkan beberapa peranti baru sejak penghujung tahun 2013 yang lepas, dan kini, Alcatel OneTouch Idol S yang diumumkan pada bulan September 2013 lepas akan dijual di Malaysia bermula minggu hadapan.

idol-s

One Touch Idol S membawakan skrin bersaiz 4.7-inci IPS HD, cip dwi-teras 1.4GHz, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, bateri 2000mAh, dan juga memori 1GB RAM. Telefon pintar ini turut hadir dengan Android 4.2 Jelly Bean padanya.

Di Malaysia, ia akan ditawarkan secara eksklusi di Plaza Low Yat bermula 6 Januari hingga 12 Januari ini. Harga jualannya di Malaysia adalah RM899.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd