Mozilla Dilihat Menangguhkan Firefox Untuk Windows 8 Ke Bulan Mac

Mozilla Dilihat Menangguhkan Firefox Untuk Windows 8 Ke Bulan Mac

Diterbitkan pada Jan 3, 2014 oleh .

Mozilla sedia menangguhkan beberapa kali pelancaran Firefox yang dioptimasikan dengan paparan “Metro”, khusus untuk pengguna Windows 8. Kini, apa yang dijangkakan untuk bulan Januari dilihat ditangguhkan ke bulan Mac kelak.

Firefox Metro

Daripada kemaskini pada halaman Wiki mereka, pelayar web versi Metro mereka bakal dilancarkan kepada umum bersama-sama Firefox 28 pada pertengahan Mac kelak.

Projek Firefox untuk Windows 8 telah dimulakan sejak tahun 2012 yang lepas, dan sedia diuji melalui saluran Nightly. Berbeza dengan Firefox untuk desktop (yang masih boleh digunakan pada Windows 8), versi Metro ini membawakan rekabentuk selari dengan aplikasi Metro lain, termasuk sokongan paparan skrin penuh, dioptimasikan untuk skrin sentuh, dan juga boleh di Snap bersama-sama aplikasi lain.


TIPS & ULASAN