Acer Mengumumkan Telefon Pintar Bersaiz 5-inci – Liquid Z5

Acer Mengumumkan Telefon Pintar Bersaiz 5-inci – Liquid Z5

Diterbitkan pada Jan 3, 2014 oleh .

Permulaan tahun baru menyaksikan ramai pengeluar memperkenalkan beberapa peranti baru mereka. Hari ini, pihak Acer berkongsi berkenaan beberapa peranti baru mereka, termasuk salah satunya adalah telefon pintar Acer Liquid Z5.

Acer Liquid Z5

Acer Liquid Z5 merupakan versi baru dalam keluarga siri Liquid Z. Ia hadir menggunakan cip pemprossesan dwi-teras 1.3GHz, ruangan storan 4GB, kamera belakang 5-megapixel BSI, dan juga speaker hadapan dengan sokongan teknologi DTS Sound.

Acer Liquid Z5 ini dilihat disasarkan untuk pengguna telefon pintar baru ataupun mereka yang inginkan telefon pintar pada harga mampu-milik dan membawakan beberapa fungsi terutamanya dengan fokus pada rakaman gambar dan juga saiz skrin yang besar.

Acer Liquid Z5

Acer Liquid Z5 menjalankan Android 4.2 Jelly Bean, serta dilengkapi dengan beberapa aplikasi daripada Acer, termasuk aplikasi Acer Float untuk memudahkan multitasking dan juga AcerCloud untuk perkongsian fail dan pengurusan media.

Acer Liquid Z5 akan ditawarkan dalam warna putih dan kelabu. Tarikh bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN