Carian
Xiaomi Menyasarkan Suku Kedua 2014 Untuk Hadir Ke Malaysia
January 4, 2014 Aman

Xiaomi sebelum ini sedia berkongsi perancangan mereka berkenaan dengan memperluaskan penawaran peranti mereka ke Asia Tenggara, terutamanya di Singapura dan juga Malaysia pada tahun ini.

Beberapa hari lepas, mereka telah sedia mengumumkan secara rasmi untuk kehadiran di pasaran Singapura. Namun, tarikh pengumuman untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Daripada pertanyaan kami sebelum ini, Hugo Barra mengatakan ia disasarkan untuk suku kedua 2014 ini. Ia juga dilihat bahagian pemasaran Xiaomi sedang mengkaji pasaran, disamping melihat untuk menyertakan sokongan bahasa Malaysia dan beberapa bahasa lain untuk peranti mereka di Malaysia kelak.

Xiaomi juga dilihat akan menawarkan telefon pintar mereka sahaja terlebih dahulu. Mungkin perancangan untuk XiaomiTV dan sebagainya hanya akan diumumkan berdasarkan kepada permintaan pengguna tempatan terhadap jenama mereka.

Mungkin kita akan dapat melihat beberapa berita lain daripada pihak Xiaomi dalam minggu-minggu akan datang.

Komen