BlackBerry Memfailkan Saman Ke Atas Syarikat Papan Kekunci Typo

BlackBerry Memfailkan Saman Ke Atas Syarikat Papan Kekunci Typo

Diterbitkan pada Jan 4, 2014 oleh .

BlackBerry hari ini mengumumkan yang mana mereka akan memfailkan saman ke atas Typo Products, yang mana sebelum ini pernah memperlihatkan sebuah papan kekunci fizikal untuk iPhone.

Typo telah diperlihatkan pada bulan lepas, dimana ia merupakan salah satu syarikat baru – memfokuskan kepada aksesori telefon tambahan yang menawarkan sokongan papan kekunci fizikal. Typo dijangka akan membuka pra-tempahan untuk pengguna iPhone pada bulan Januari ini.

BlackBerry mengatakan Typo melanggar beberapa hak cipta mereka, dan perkara ini membuatkan mereka memfailkan saman ke atas syarikat berkenaan.

BBQ10 - Typo

Walaupun perkara ini mungkin dikatakan tidak masuk akal oleh ramai pengguna, namun dari segi rekaan Typo itu sendiri, ia membawakan rekabentuk yang amat menyerupai papan kekunci pada BlackBerry Q10.

Mungkinkah perkara ini akan memberikan kesan kepada pihak Typo sekaligus membuatkan mereka menangguhkan pra-tempahan untuk aksesori mereka itu?


TIPS & ULASAN