Adakah Galaxy Gear Versi Baru Akan Diumumkan Pada Minggu Hadapan?

Adakah Galaxy Gear Versi Baru Akan Diumumkan Pada Minggu Hadapan?

Diterbitkan pada Jan 4, 2014 oleh .

Lanjutan daripada perkongsian melalui blog rasmi Samsung semalam, hari ini akaun Twitter Samsung UK telah menghantar sebuah gambar, memberikan petanda untuk kemaskini Galaxy Gear.

Melalui gambar yang dikongsikan pada Twitter, Samsung memperlihatkan Galaxy Gear pada tahun 2013, dan bertanya “What Next?” pada ruangan tahun 2014.

Galaxy Gear telah diperkenalkan bersama-sama Galaxy Note 3, dimana ia hadir dengan sokongan kamera dan juga beberapa pilihan aplikasi menarik. Tetapi, salah satu kekurangan yang dihadapi adalah sokongan untuk dihubungkan ke peranti lain.

Dengan perkongsian Tweet berkenaan pada minggu ini, ia sekaligus memberikan petanda yang mana pihak Samsung akan mengumumkan sesuatu berkaitan dengannya pada minggu hadapan.

Jadi, adakah Samsung akan mengumumkan Galaxy Gear 2 pada minggu hadapan, ataupun mungkin peranti-boleh-pakai yang berbeza daripada Samsung?

Twitter - Gear


TIPS & ULASAN