Bitspin, Pembangun Aplikasi Timely – Menyertai Google

Diterbitkan pada Jan 5, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bitspin GoogleHari ini, pihak pembangun di Bitspin mengumumkan melalui laman web mereka dimana mereka akan menyertai Google. Ia tidak diketahui sama ada pihak Google mengambil-alih syarikat berkenaan ataupun hanya pasukan pembangunnya.

Bitspin melalui aplikasi mereka, Timely sedia menerima pujian ramai pengguna, disamping turut disenaraikan sebagai aplikasi dengan rekaan antaramuka yang menarik.

Aplikasi Timely yang mana merupakan aplikasi berbentuk jam penggera akan terus ditawarkan melalui Google Play Store. Jikalau sebelumnya ia menyertakan sokongan pembelian-dalam-aplikasi, kini dengan ia dikemaskini dan semua kandungan ditawarkan secara percuma.

Nilai kewangan yang terlibat dalam transaksi ini tidak diketahui buat masa ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami