Cari @ Amanz

Vine merupakan salah satu perkhidmatan memfokuskan video selama 6-saat daripada pihak Twitter. Kini, mereka telah membawakan beberapa kemaskini, termasuk sokongan untuk mengakses perkhidmatan tersebut melalui pelayar web.

Vine Web

Pengenalan ini mungkin memudahkan ramai pengguna, sekaligus membolehkan pengguna mengakses profil Vine, kemaskini Vine dari rakan-rakan, meninggalkan komen, berkongsi video dan sebagainya.

Bersama-sama kemaskini ini, pihak Vine turut sama menyertakan sokongan TV Mode, membolehkan pengguna melihat koleksi video Vine dalam bentuk skrin penuh.

Bagi anda yang berminat, boleh mengakses laman Vine hari ini dan menikmati semua fungsi yang ditawarkan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd