Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah berkongsi mengenai perkhidmatan mereka untuk “rumah pintar”, dikenali sebagai Samsung Smart Home. Seperti biasa, ia memfokuskan kepada mengawal pelbagai perkakasan di rumah menggunakan aplikasi pada peranti mudah-alih.

Tiga pertama utama yang difokuskan melalui Samsung Smart Home ini adalah Device Control, Home View dan juga Smart Customer Service. Menggunakan “Device Control”, pengguna boleh mengawal pelbagai perkakasan elektrik seperti penghawa dingin, peti sejuk, televisyen dan sebagainya menggunakan telefon pintar – mahupun mengawal menggunakan Galaxy Gear.

Samsung Smart Home

Seperti biasa, ia terlebih dahulu dihubungkan melalui sokongan perkomputeran awan ke peranti mudah-alih pengguna.

Selain “Device Control”, pengguna juga boleh melihat keadaan semasa di rumah dengan fungsi “Home View” – yang mana berfungsi menggunakan kamera yang diintegrasikan pada beberapa perkakasan elektrik di rumah.

Samsung juga turut sama memperkenalkan sebuah protokol baru dinamakan Smart Home Software Protocol (SHP) yang membolehkan produk pengeluar lain turut dihubungkan melalui perkhidmatan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd