Apple Mengambil-Alih SnappyLabs – Pembangun Aplikasi SnappyCam

Apple Mengambil-Alih SnappyLabs – Pembangun Aplikasi SnappyCam

Diterbitkan pada Jan 6, 2014 oleh .

Dengan persaingan sengit dalam arena teknologi, pengambil-alihan telah menjadi salah satu perkara untuk sesuatu syarikat terus memperluaskan portfolio mereka dan menambah baik tawaran sedia ada.

Terkini, ia dilaporkan Apple telah mengambil alih syarikat SnappyLabs yang mana membangunkan aplikasi SnappyCam untuk iPhone.

Menggunakan aplikasi berkenaan, ia membolehkan pengguna iPhone untuk merakamkan gambar menggunakan kamera terbina pada kelajuan yang lebih baik disamping mengekalkan kualiti pada gambar yang dirakamkan.

Memandangkan kamera telah menjadi salah satu sebab utama dalam pemilihan peranti mudah-alih, mungkin pihak Apple mengintegrasikan teknologinya pada peranti mereka seperti iPhone dan iPad.

Seperti biasa, nilai transaksi yang terlibat tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.


TIPS & ULASAN