Mindly Membolehkan Anda Membuat Peta-Minda Terus Pada iPhone

Mindly Membolehkan Anda Membuat Peta-Minda Terus Pada iPhone

Diterbitkan pada Jan 6, 2014 oleh .

Kadang-kala, anda mungkin mendapat sesuatu idea ketika diluar dan hanya mempunyai telefon pintar untuk mencatatkannya. Selain beberapa aplikasi yang memudahkannya seperti Evernote dan sebagainya, Mindly turut memudahkan proses berkenaan.

Mindly iPhone

Mindly memfokuskan kepada kemudahan untuk membuat peta-minda dengan pantas dan mudah pada telefon iPhone anda. Ia hadir dalam bentuk beberapa elemen bulat, yang membolehkan pengguna menyambungkannya antara satu sama lain dalam memudahkan anda mencatatkan sesuatu nota atau idea.

Seperti biasa, ia ditawarkan secara percuma tetapi dengan beberapa fungsi yang terhad. Pengguna yang inginkan akses elemen yang lebih daripada ditetapkan, boleh membelinya melalui sokongan pembelian-dalam-aplikasi.

Muat-Turun Mindly untuk iOS


TIPS & ULASAN