Mungkinkah Kita Akan Melihat Galaxy S5 Pada Bulan Februari Ini?

Mungkinkah Kita Akan Melihat Galaxy S5 Pada Bulan Februari Ini?

Diterbitkan pada Jan 6, 2014 oleh .

Dengan permulaan tahun baru, semestinya pelbagai pengeluar peranti bersedia dengan peranti baru mereka, dan tidak ketinggalan adalah Samsung. Kini, menurut beberapa desas-desus, Samsung dikatakan akan memperkenalkan Galaxy S5 seawal bulan Februari ini.

Galaxy S5 dijangka akan membawakan beberapa kemaskini spesifikasi dan fungsi baru, selain turut dikatakan mungkin akan menggunakan bahan binaan baru untuknya. Sebagai perbandingan, Galaxy Note 3 sebelum ini telah membawakan rekaan kerangka belakang yang sedikit berbeza – ala-ala kulit.

Samsung sebelum ini, pada tahun lepas telah memperkenalkan Galaxy S4 pada bulan Mac dan memasarkannya kepada umum pada bulan April. Jika Samsung mengikut trend tersebut, mungkin ia akan diperkenalkan pada Februari, dan mula dijual pada Mac kelak.

Jadi, bagi anda yang bercadang mendapatkan Galaxy S4, mungkin boleh menantikan sebulan dua lagi untuk melihat versi barunya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mendapatkannya.


TIPS & ULASAN