Nokia Asha 503 Turut Mula Dijual Di Malaysia

Nokia Asha 503 Turut Mula Dijual Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 6, 2014 oleh .

Selain daripada dua telefon Asha sebelum ini, iaitu Nokia Asha 500 dan juga Nokia Asha 502, Nokia Malaysia turut sama telah menambah satu lagi peranti baru Asha untuk pasaran Malaysia iaitu Nokia Asha 503.

Nokia Asha 503 boleh dikatakan membawakan spesifikasi lebih kurang sama seperti Nokia Asha 502 iaitu skrin bersaiz 3-inci dan juga kamera belakang 5-megapixel. Menariknya, Nokia Asha 503 turut hadir dengan sokongan rangkaian 3.5G.

Dari segi harga, Nokia meletakkan harga yang sama untuk Asha 502 dan juga Asha 503 – dimana ia dijual pada harga RM319 untuk versi satu SIM dan juga dwi-SIM. Asha 503 hadir dalam pilihan warna hitam, putih dan juga kuning.


TIPS & ULASAN