Valve Dilaporkan Mempunyai 12 Rakan Kerjasama Untuk Steam Machine

Valve Dilaporkan Mempunyai 12 Rakan Kerjasama Untuk Steam Machine

Diterbitkan pada Jan 6, 2014 oleh .

Steam Machine daripada Valve telah menjadi salah satu “konsol” yang dinantikan ramai. Kini, ia dilaporkan pihak Valve akan berkongsi lebih maklumat termasuk rakan kerjasama mereka untuk Steam Machine pada CES 2014 esok.

Menurut Engadget, Valve mempunyai lebih kurang 12 nama besar untuknya, termasuk Alienware, Gigabyte, Origin PC, Falcon Northwest, iBuyPower, CyberPowerPC, Webhallen, Alternate, Next, Zotac, dan beberapa yang lain.

Lebih maklumat berkenaan dengan Steam Machine daripada pengeluar ini dijangka akan dikongsikan oleh Valve esok.


TIPS & ULASAN