Apple Dikatakan Akan Hadir Dengan Phablet iOS Pada Tahun Ini

Apple Dikatakan Akan Hadir Dengan Phablet iOS Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 6, 2014 oleh .

Saban tahun, pelbagai ura-ura dan desas-desus berkaitan produk baru Apple sering kedengaran. Terkini, mengikut desas-desus baru, ia dikatakan Apple akan hadir dengan sebuah peranti iOS bersaiz sekitar 5.7-inci pada tahun ini.

Mengikut apa yang dikatakan, phablet ini bakal menggunakan cip pemprosesan berasaskan A7 yang didapati pada iPhone 5S hari ini. Sekiranya benar, ia dijangka akan hadir sekitar bulan Mei tahun ini oleh Apple.

Seperti umum sedia maklum, peranti berupa phablet telah mendapat perhatian ramai pengguna, terutamanya pada tahun lepas apabila lebih ramai pengeluar hadir dengan phablet mereka tersendiri.

Mungkinkah pihak Apple akan turut menyertai perlumbaan phablet ini?


TIPS & ULASAN