Pada tahun lepas, pihak NVIDIA pernah berkongsi mengenai G-Sync yang mana merupakan sebuah module untuk monitor dalam mengurangkan lengah masa imej dan gambar yang dihadapi ketika memainkan permainan video.
Menggunakan G-Sync, ia dikatakan paparan gambar hanya di perbaharui setelah GPU selesai me-render sesuatu frame, sekaligus mengurangkan lengah masa pada grafik ketika memainkan permainan video.
Menurut NVIDIA, beberapa pengeluar monitor akan hadir denga sokongan integrasi G-Sync pada suku kedua tahun ini, termasuk antaranya adalah Acer, Asus, BenQ, Philips dan juga ViewSonic.