LG Heart Rate Earphones Diumumkan – Memfokuskan Mereka Yang Aktif Bersukan

LG Heart Rate Earphones Diumumkan – Memfokuskan Mereka Yang Aktif Bersukan

Diterbitkan pada Jan 6, 2014 oleh .

Pelbagai penjejak terdapat dipasaran hari ini untuk membolehkan pengguna mengumpulkan data dan beberapa perkara lain ketika bersukan. LG, selain daripada Lifeband Touch, mereka juga turut sama menambah tawaran mereka dengan mengumumkan LG Heart Rate Earphones hari ini.

Seperti pada namanya, ia membolehkan pengguna untuk memantau kadar degupan jantung ketika mereka bersukan, disamping pada masa yang sama digunakan ketika mendengar lagu dan sebagainya.

LG Heart Rate Earphones

LG mengatakan ia hadir dengan teknologi sensor PerformTek yang membolehkan pemantauan signal pengedaran darah pada telinga, sekaligus mendapatkan data biometrik seperti kadar degupan jantung, penggunaan oksigen dan sebagainya.

Seperti Lifeband Touch, harga jualan untuk LG Heart Rate Earphones ini juga tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN