Gambar Galaxy TabPRO 8.4-inci Tertiris Ke Arena Web

Gambar Galaxy TabPRO 8.4-inci Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Jan 6, 2014 oleh .

Selain daripada gambar billboard di CES 2014 yang memperlihatkan Samsung akan mengumumkan keluarga tablet baru esok, kini pihak @evleaks turut berkongsi gambar baru, memperlihatkan tablet Samsung Galaxy Tab PRO 8.4.

Galaxy TabPro 8.4

Tablet ini dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3Ghz, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan dilengkapi memori 2GB RAM serta bateri berkapasiti 4800mAh. Menariknya, tablet ini dikatakan akan menggunakan Android 4.4 KitKat sebagai sistem operasi.

Selain daripada Galaxy Tab Pro 8.4, pihak Samsung juga dikatakan akan hadir dengan tablet Galaxy TabPro 12.2-inci, dan juga Galaxy Tab 10.1-inci.

Variasi dengan S-Pen dikenali sebagai Galaxy NotePro bersaiz 12.2-inci turut dijangka akan diperkenalkan esok.


TIPS & ULASAN