Google Dan Beberapa Rakan Kerjasama Mengumumkan Open Automotive Alliance

Google Dan Beberapa Rakan Kerjasama Mengumumkan Open Automotive Alliance

Diterbitkan pada Jan 6, 2014 oleh .

Minggu lepas, kita sedia mendengar pihak Google dan Audi akan bekerjasama dalam membawa platform Android ke kereta. Hari ini, ia disahkan, dan sebuah kerjasama baru diumumkan dinamakan sebagai Open Automotive Alliance.

Menyertainya adalah beberapa jenama terkemuka, termasuk Google, Audi, GM, Honda, Hyundai dan juga NVIDIA.

Open Automotive Alliance akan memfokuskan kepada pembangunan Android kepada automotif disamping pada masa yang sama memudahkan, sekaligus memperlajukan pelbagai inovasi pada kenderaan. Platform terbuka ini juga akan membolehkan pengeluar kenderaan yang lain untuk menyertakannya pada kenderaan mereka dan memberikan pengalaman yang selari untuk pengguna.

Ini boleh dikatakan suatu permulaan, dan tidak mustahil kita akan melihat lebih ramai menyertainya memandangkan beberapa kenderaan dipasaran hari ini turut menggunakan sistem inforia berasaskan Android, termasuk daripada Proton.


TIPS & ULASAN