Pengguna Asus Fonepad 7 Di Malaysia Menerima Kemaskini Android 4.3

Diterbitkan pada Jan 6, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Asus Fonepad 7 telah mula dijual di Malaysia sejak bulan Oktober yang lepas. Menariknya, bagi pengguna peranti berkenaan, kini kemaskini Android 4.3 Jelly Bean telah tersedia untuk dimuat-turun, sekaligus menyertakan beberapa fungsi baru untuk Asus FonePad 7.

Asus Fonepad 7

Beberapa kemaskini yang disertakan adalah termasuk pada aplikasi pemain video, Photo Viewer, album, dan beberapa kemaskini antaramuka. Memandangkan ia menggunakan Android 4.3, maka sokongan TRIM turut hadir untuk pengguna peranti berkenaan.

Untuk memulakan proses kemaskini, pengguna hanya perlu ke halaman Settings > About > System Update, dan mulakan proses kemaskini anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami