Alcatel Memperkenalkan OneTouch Idol X+ Dengan Cip Lapan Teras

Alcatel Memperkenalkan OneTouch Idol X+ Dengan Cip Lapan Teras

Diterbitkan pada Jan 6, 2014 oleh .

Alcatel terus menambah tawaran telefon pintar berasaskan Android mereka, dimana hari ini bersempena dengan CES 2014, mereka telah mengumumkan OneTouch Idol X.

Alcatel Idol X

Peranti ini dilengkapi dengan cip pemprosesan lapan teras daripada MediaTek, dan membawakan rekaan peranti lebih kurang sama seperti versi sebelumnya.

Alcatel OneTouch Idol X+ ini membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 1080×1920 pixel, kamera belakang 13.1-megapixel dengan f/2.0, dan cipset MediaTek MT6592 2Ghz, serta GPU ARM Mali450 empat-teras.

Bagi anda yang mengikuti ulasan Alcatel One Touch Idol X sebelum ini, mungkin sedia maklum yang mana kami tidak begitu gemari masa bertahan bateri yang dibawakannya. Menambah-baikknya, Alcatel kini menyertakan bateri dengan kapasiti 2500mAh. Namun, memandangkan ia kini dijana cip lapan-teras, maka tidak diketahui sama ada ia mampu bertahan lama ataupun akan menggunakan tenaga bateri yang lebih banyak berbanding sebelumnya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN