Cari @ Amanz

Asus sedia menawarkan sokongan telefoni pada tablet dan melalui PadFone. Kini, mereka melangkah setapak lagi kehadapan dengan memperkenalkan keluarga telefon pintar terbaru mereka berasaskan Android, dinamakan sebagai ZenFone.

Asus Zenfone

ZenFone hadir dalam tiga pilihan saiz skrin, iaitu 4-inci, 5-inci dan 6-inci. Menariknya ketiga-tiga menggunakan cip pemprosesan Intel Atom – sekaligus memperlihatkan fokus pihak Intel terhadap platform Android.

ZenFone daripada Asus ini turut dilengkapi dengan antaramukanya tersendiri, dinamakan ZenUI. Menggunakan ZenUI, ia turut menyertakan platform permesejan terbuka dinamakan sebagai Omlet Chat. Beberapa fungsi lain termasuk kemaskini pada aplikasi emel, dan sokongan Smart Reader Mode yang mengubah tona latar ketika membaca. Peranti ZenFone sendiri dilihat hadir dengan skrin yang boleh digunakan walaupun ketika menggunakan sarung tangan, dan sokongan penstabilan imej ketika rakaman.

Asus ZenFone 4,5, dan Zenfone 6 ini hadir dengan Android 4.3 dan akan menerima kemaskini KitKat tidak lama lagi. Harga dan bilakah Zenfone akan hadir di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd