Samsung Mengemaskini ATIV Book 9 Dan ATIV One7 2014

Samsung Mengemaskini ATIV Book 9 Dan ATIV One7 2014

Diterbitkan pada Jan 7, 2014 oleh .

Samsung pada CES 2014 turut sama mengemaskini komputer riba dan AIO mereka, dan telah memperkenalkan ATIV Book 9 dan ATIV One 7 edisi untuk tahun 2014.

Samsung ATIV Book 9

Samsung ATIV Book 9 2014 hadir dengan skrin HD penuh 15.6-inci, cip Intel Haswell, memori 8GB RAM, dan ruangan storan sehingga 1TB. Menurut Samsung, paparannya kini 20% lebih terang berbanding sebelumnya, dan membawakan masa bertahan bateri sehingga 14-jam lamanya.

Samsung ATIV One 7

Bersama-sama komputer riba, pihak Samsung turut memperkenalkan komputer AIO mereka, dinamakan sebagai ATIV One 7 2014 yang mana menyertakan skrin bersaiz 24-inci HD penuh, serta dilengkapi dengan cip Intel Core i5 dan memori 8GB RAM. Ia turut membawakan ruangan storan 1TB dalam bentuk HDD.

Kedua-dua produk ini bakal ditawarkan untuk pengguna global. Namun harga dan tarikh jualannya tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN