Intel Memfokuskan Pada Peranti-Boleh-Pakai Di CES 2014

Intel Memfokuskan Pada Peranti-Boleh-Pakai Di CES 2014

Diterbitkan pada Jan 7, 2014 oleh .

Peranti-boleh-pakai telah menjadi salah satu trend sejak daripada penghujung tahun lepas. Intel turut sama tidak ingin ketinggalan, dan pada CES 2014 yang berlangsung minggu ini, mereka memperlihatkan beberapa siri peranti boleh-pakai.

Intel Smartwatch

Memulakan siri peranti-boleh-pakai daripada Intel, mereka memperlihatkan jam tangan pintar, dimana berbeza dengan beberapa jam tangan pintar dipasaran hari ini, ia turut menawarkan sokongan notifikasi berasaskan lokasi. Intel mungkin akan berkongsi lebih lanjut berkenaan dengan jam tangan pintar mereka ini pada tahun ini.

Intel Smart EarbudSelain jam tangan pintar, mereka turut memperlihatkan earbud yang hadir dengan sokongan biometrik dan sokongan pemantauan kecergasan. Ia membolehkan pengguna memantau beberapa data, dan berfungsi dengan menghubungkan ia ke peranti pintar pengguna.

Tambahan kepada siri keluarga peranti-boleh-pakai daripada Intel, mereka turut memperkenalkan sebuah headset yang diintegrasikan dengan teknologi pembantu peribadi – seumpama Google Now dan Siri. Ia membolehkan pengguna memakainya dan bertanyakan pelbagai perkara tanpa perlu memegang telefon pintar anda.

Intel Smart HeadsetInfo lanjut berkaitan semua peranti ini, termasuk bilakah ia akan dikomersialkan dan sebagainya mungkin kita akan dengar dalam masa beberapa bulan lagi. Buat masa ini, segalanya boleh dikatakan sekadar rekaan rujukan supaya digunakan oleh pengeluar lain dan sebagainya.


TIPS & ULASAN