Intel Memperkenalkan Edison – Komputer Pada Saiz Kad-SD

Intel Memperkenalkan Edison – Komputer Pada Saiz Kad-SD

Diterbitkan pada Jan 7, 2014 oleh .

Intel selain mengumumkan beberapa prototaip peranti boleh-pakai, mereka turut sama memperlihatkan Edison, yang mana merupakan komputer pada saiz kad-SD yang direkabentuk berasaskan teknologi Quark.

Intel Edison

Intel Edison ini berasaskan kepada cip dwi-teras 22nm, menyertakan sokongan WiFi dan Bluetooth terbina, serta menyokong Linux. Intel turut mengatakan Edison boleh dihubungkan ke kedai aplikasinya tersendiri.

Intel Edison ini dilihat memfokuskan kepada para pembangun dan digunakan dalam membangunkan peranti boleh-pakai dan pelbagai peranti yang lain.

Pengenalan Intel Edison ini mungkin akan terus membawakan pelbagai inovasi daripada pembangun, dan mungkin kita akan melihat beberapa peranti menggunakan pada tahun ini.


TIPS & ULASAN