Samsung Galaxy NotePRO 12.2 Diperkenalkan Dengan Antaramuka Magazine UX

Samsung Galaxy NotePRO 12.2 Diperkenalkan Dengan Antaramuka Magazine UX

Diterbitkan pada Jan 7, 2014 oleh .

Selain daripada keluarga tablet Galaxy TabPRO, pihak Samsung juga turut memperkenalkan Galaxy NotePRO 12.2 – dimana membawakan tablet bersaiz 12.2-inci dan hadir dengan sokongan stylus S-Pen.

Galaxy NotePRO 12.2 dilihat membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti Galaxy Note 10.1 2014 yang pernah diumumkan pada tahun lepas. Ia membawakan skrin 2560×1600 pixel, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan, memori 3GB RAM, dan dilengkapi Android 4.4 KitKat.

Galaxy NotePRO 12.2

Galaxy NotePRO 12.2

Seperti keluarga tablet Galaxy TabPRO, tablet ini turut hadir dalam dua pilihan cip pemprosesan, iaitu Qualcomm Snapdragon 800 untuk LTE dan juga Exynos 5 Octa untuk 3G/WiFi.

Galaxy NotePRO 12.2 turut membawakan kemaskini antaramuka melalui Magazine UX. Ia membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini laman sosial dan berita pada skrin utama, disamping melihat info lain pada bahagian tepinya. Ia boleh dikatakan sebagai kemaskini kepada fungsi MyMagazine yang hadir pada Galaxy Note 3 sebelum ini.

Pihak Samsung juga turut sama membawakan beberapa aplikasi khas bersama-sama dengannya, antaranya adalah Dropbox dan Hancom Office. Beberapa tawaran lain turut hadir termasuk langganan untuk beberapa perkhidmatan dan laman berita.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah tablet ini akan memasuki pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN