Toshiba Memperkenalkan Komputer Riba Dengan Skrin 4K

Toshiba Memperkenalkan Komputer Riba Dengan Skrin 4K

Diterbitkan pada Jan 7, 2014 oleh .

Makin hari, lebih banyak perkara kita dengan berkenaan 4K. Selain sokongan 4K dengan lebih meluas di YouTube baru-baru ini, hari ini pada CES 2014, pihak Toshiba secara rasminya memperkenalkan komputer riba mereka dengan skrin 4K.

Dinamakan sebagai Toshiba Tecra W50 dan juga Toshiba Satellite P50t, kedua-duanya menjalankan sistem operasi daripada Microsoft yang terkini, iaitu Windows 8.1.

Toshiba Tecra W50 hadir dengan skrin bersaiz 15.6-inci dengan resolusi 3840×2610 pixel. Ia turut dilengkapi cip Intel Haswell dan NVIDIA Quadro K2100M dengan memori 2GB.

Toshiba Tecra W50

Toshiba Satellite P50t membawakan sokongan yang lebih kurang sama tetapi hadir dengan fungsi skrin sentuh. Rekaannya turut dilihat lebih elegan berbanding Tecra W50.

Toshiba Satellite P50t

Kedua-dua komputer riba 4K ini bakal dijual bermula pertengahan tahun ini. Semestinya salah satu perkara yang dinantikan adalah harga untuk komputer riba ini. Adakah ia akan berbaloi untuk dimilki ataupun berharga mahal?


TIPS & ULASAN