Toshiba Hadir Dengan Komputer Riba Berasaskan Chrome OS

Toshiba Hadir Dengan Komputer Riba Berasaskan Chrome OS

Diterbitkan pada Jan 7, 2014 oleh .

Selain komputer riba dengan skrin 4K, pihak Toshiba turut menambah portfolio peranti mereka dengan memperkenalkan komputer riba pertama berasaskan ChromeOS, ataupun lebih dikenali sebagai Chromebook.

Toshiba Chromebook

Toshiba Chromebook ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 13-inci, cip pemprosesan Intel Celeron 2955U, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Chromebook ini turut hadir dengan ruangan untuk mikro-SD, 2 port USB 3.0, HDMIout, dan dilengkapi sokongan WiFi dan Bluetooth 4.0.

Toshiba Chromebook ini berharga $280 (~RM912) di Amerika Syarikat. Tarikh bilakah ia akan hadir ke pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi.

Bercakap mengenai Chromebook, di Malaysia hanya Samsung sahaja yang menawarkannya. Namun, akhir-akhir ini ramai pengeluar telah hadir dengan Chromebook masing-masing dan mungkin kita akan dapat melihatnya dengan lebih meluas di Malaysia pada tahun ini.


TIPS & ULASAN