Pada tahun lepas, kita sedia melihat beberapa konsep untuk kamera “Instagram”. Menariknya, kini pihak Polaroid sendiri hadir dengan salah satu kamera memfokuskan perkongsian sosial dan percetakan serta-merta dinamakan Socialmatic.
Polaroid Socialmatic membawakan sensor 14-megapixel pada bahagian hadapan dan 2-megapixel pada bahagian skrin, memori sebesar 4GB dengan sokongan mikro-SD dan juga skrin sentuh bersaiz 4.5-inci. Ia menjalankan Android, dan aplikasi khas yang disertakannya membolehkan pengguna untuk berkongsi gambar ke laman sosial dan beberapa rakan lain dengan mudah.
Ia turut hadir dengan percetakan menggunakan kertas Zink Ink, yang mana bebas daripada penggunaan dakwat, disamping kalis air dan tahan lebih lama.
Polaroid akan menawarkan kamera ini secara rasminya dalam masa beberapa bulan lagi.