Epson Memperkenalkan Kaca Mata Pintar – Moverio

Epson Memperkenalkan Kaca Mata Pintar – Moverio

Diterbitkan pada Jan 7, 2014 oleh .

Epson yang sedia terkenal dalam industri percetakan dan projektor turut tidak ingin ketinggalan adlam arena peranti boleh-pakai, dimana di CES 2014, mereka turut sama telah memperkenalkan sebuah kaca mata pintar.

Epson Moverio

Dinamakan sebagai Moverio BT-200, ia hadir dengan sokongan Android 4.0 dan juga Bluetooth 3.0. Ia turut hadir dengan sensor untuk mengesan gerakan kepala, disamping dilengkapi dengan audio Dolby Digital Plus. Kaca mata pintar ini turut hadir dengan sebuah kamera hadapan untuk merakamkan gambar dan juga video.

Untuk memudahkan kawalannya, ia hadir dengan sebuah peranti Android (yang tiada skrin sentuh), dan berfungsi sebagai “tetikus” untuk Moverio.

Epson Moverio ini dilihat lebih memfokuskan kepada sokongan mengikuti media, termasuk menggunakannya dalam memainkan game, menonton video dan menggunakan aplikasi augmented reality. Ia dijangka akan dijual bermula Mac ini.


TIPS & ULASAN