Teknologi storan semakin berkembang dari masa ke semasa. Bermula tahun 2010, teknologi ‘Network-Attached Storage’, atau secara ringkasnya NAS, menjadi semakin popular. Jika dahulu di dalam suatu organisasi atau syarikat, untuk menyimpan fail di lokasi lain (biasanya lokasi berpusat, ataupun centralized location) memerlukan komputer khusus untuk menjadi pelayan (server), namun dengan sistem NAS, pengguna tidak perlu mempunyai komputer khusus untuk melakukan perkara sebegitu.
Apa itu NAS?
Teknologi NAS membolehkan pemacu cakera keras digunakan sebagai pelayan fail di dalam rangkaian intranet dan internet. Komputer yang menjadi pelayan (server) biasanya menggunakan lebih banyak kuasa elektrik. Untuk tujuan penyimpanan dan perkongsian fail, semestinya sistem berasaskan NAS adalah lebih mudah dan ringkas untuk ditetapkan. Malahan, fail yang disimpan didalam sistem NAS juga boleh diakses dimana-mana, termasuklah pada telefon pintar.
NAS juga boleh disimpulkan sebagai perkhidmatan storan fail di tempat yang anda yakini. Sekiranya anda meragui perkhidmatan Dropbox, Google Drive, iCloud berikutan anda tidak tahu di mana fail-fail tersebut diletakkan, dengan sistem NAS anda boleh mempunyai perkhidmatan tersebut di rumah anda sendiri. Sekiranya anda membeli sistem NAS untuk kegunaan peribadi, anda boleh menyimpan koleksi gambar, video, lagu, fail-fail yang penting – serta berkongsi storan sama dengan keluarga anda.
Untuk kegunaan syarikat kecil, jika dahulu anda terpaksa membeli satu komputer untuk menjadikannya sebagai server, menggodek sistem tersebut jika ingin menambah ruangan storan, atau sering menghadapi beberapa lagi masalah-masalah yang melecehkan – kini anda tidak akan berdepan lagi dengan masalah sedemikian kerana dengan menggunakan NAS, penambahan cakera keras boleh dilakukan dengan mudah.
- Penerangan lanjut mengenai sistem NAS akan kami kongsikan dalam artikel akan datang.
Apa itu WD Red?
September tahun lalu Western Digital telah menawarkan pemacu cakera keras yang menyokong storan NAS iaitu WD Red. Pemacu cakera keras ini menggunakan kuasa elektrik yang rendah. Ia turut menyertakan NASware 2.0 bagi melindungi data pengguna dari ancaman godaman serta gangguan bekalan tenaga elektrik. WD turut menyatakan bahawa pemacu cakera keras ini beroperasi dengan senyap dan mempunyai kadar ketahanan yang tinggi.
Bagi setiap pembelian pemacu cakera keras WD Red, pihak Western Digital menawarkan perkhidmatan sokongan pelanggan melalui telefon 24 jam, dan jaminan terhad selama tiga tahun. WD Red didatangkan dalam dua variasi, iaitu pada saiz 2.5-inci dan juga 3.5-inci. WD Red versi 2.5-inci berharga RM349 untuk versi 1TB, sementara dengan storan 750GB berharga RM269. Versi 4TB bersaiz 3.5-inci pula berharga RM699, disamping turut ditawarkan dalam variasi 1TB, 2TB dan 3TB.
Menangi iPad Mini tajaan Western Digital
Terma & Syarat
- Daftar diri anda untuk menyertai peraduan ini sama-ada melalui emel atau Facebook Connect melalui komponen diatas.
- Ikuti langkah-langkah yang disediakan pada ruangan atas. Setiap perkara yang dilakukan akan mendapat satu peluang cabutan. Pengguna boleh meluaskan peluang menang dengan mengajak rakan menyertai menggunakan pautan unik untuk anda
- Peraduan ini akan tamat pada 14 Januari 2013 pada pukul 2359.
- Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan rawak dan jawapan soalan yang diberikan. Sekiranya peserta cabutan pertama tidak menjawab soalan dengan tepat, cabutan kedua dan seterusnya akan dipilih sehingga kami menemui mereka yang menjawab soalan dengan tepat. Hanya satu pemenang akan memenangi cabutan ini.
- Keputusan adalah muktamad.